Friday, December 16, 2011

how could you

assalamualaikum

ah demam. demam teknologi telah pun merebak dengan jayanya di rumah aku. geram rasanya bila adik aku dapat pakai nokia E71 pada usia sebelas tahun. aku dapat bawa phone waktu kelas tambahan sahaja. kejam, bukan?


aku tidak pernah merasa aman berada di rumah. dua orang adik lelaki aku tak reti nak duduk diam. perlu diikat gamaknya. tadi aku disuruh mereka mengambil sudu di dapur, mengambil kotak pensel di dalam kereta, dan membuka televisyen di ruang tamu. ah peduli apa kau. aku bukanlah alex russo dalam wizards of waverly place yang mempunyai tongkat sakti. dan aku bukanlah kuli batak kalian. again, bukan.

jiran aku membuat sleepover dan aku tidak dijemput. okfineeeeeee. aku tahu aku bukanlah tetangga yang peramah. aku juga bukanlah feymes seperti greyson chance. takpe takpe. 

terasa bangga bila ada orang menggelar aku nerd. ya, aku itu nerd. dan nerd itu aku. dan untuk pengetahuan kau, aku akan jadi librarian yang berdedikasi tahun depan. eh puih. aku terperasan di situ. 


kenapa tidak ada sekolah seperti princess charm school di dunia? kenapa di alam fantasi aja. kenapa hah kenapa. satu perkara yang aku suka tentang adik-adik aku ialah mereka boleh join aku tengok cerita barbie. tak kira lah cerita barbie apa mereka akan tengok bersama. ah. memang mendamaikan. seriously. tak adalah kejadian rebut tv segala.

dan aku bersyukur dilahirkan sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku. setidak tidaknya tak perlulah aku ada saingan untuk beli barang. macam adik aku, dia orang kena kongsi. which means mereka kena kongsi satu barang. dan aku? i conquer my part. hehehe.


ah shinichi kudo sangat kewl. aku ingin memiliki otak seperti dia. mana bisa ya.

No comments:

Post a Comment

saye suke owang yang tngh comment ni ^_^